Ahad, 14 Jun 2015

SAYUR LABU SIMPLE...

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA PADA SEMUA PEMBACA.... MAAFLAH... DAH LAMA TAK UPDATE ENTRY.... 2 MINGGU NI BZ SANGAT.... KES TAK HENTI- HENTI DATANG... NAK UPDATE BLOG PUN TAK SEMPAT... BALIK RUMAH PUN LETIH... MOOD PUN MAKIN KURANG JADI NYA... NASIB ADA ANAK YANG COMEL YANG TAK HENTI-HENTI BAWAK SAYA BERCAKAP.... PALING LUCU DIA MINTAK ADIK KAT SAYA... KATANYA DIA BOSAN DUK SORANG-SORANG KAT RUMAH... KALAU ADA ADIK MESTI SERONOK... SAYA PULAK TERDIAM TAK TAU NAK JAWAB APA... NAMPAKNYA DIA DAH MAKIN BESAR.... TAK LAMA LAGI MESTI DAH TAK DUDUK DIAM KAT RUMAH LAGI... MESTI IKUT KAWAN- KAWAN MAIN KAT PADANG.... ALHAMDULILLAH ATAS KURNIAAN NYA....  BAIKLAH HARI NI NAK SHARE RESEPI SAYUR LABU.... RESEPI SIMPLE JE....

BAHAN-BAHANNYA....

SAYUR LABU (POTONG DADU) JANGAN NIPIS SANGAT DAN JANGAN TEBAL SANGAT
BAWANG MERAH
BAWANG PUTIH
 IKAN BILIS
CILI PADI
BELACAN
GULA ( SECUKUP RASA)
GARAM
MINYAK UNTUK MENUMIS

CARANYA

BAWANG MERAH, PUTIH, IKAN BILIS, CILI DAN BELACAN DITUMBUK

PANASKAN MINYAK, MASUKKAN BAHAN TUMBUK TADI BIARKAN SEHINGGA NAIK BAU

MASUKKAN SAYUR LABU YANG TELAH DIPOTONG TADI

MASUKKAN AIR SEHINGGA MENUTUPI SAYUR LABU, BIARKAN MENDIDIH/ ATAU HINGGA MASAK.

JIKA KURANG AIR, MASUKKAN SEDIKIT LAGI AIR.

MASUKKAN GULA DAN GARAM SECUKUP RASA.

SIAP.....

Sabtu, 6 Jun 2015

resepi ayam goreng rangup lagi sedap

assalamualaikum wbt.....

hai... dipertemukan lagi kita untuk bersua dalam blog yang tak sebarapa ni.... diharap para pembaca tak bosan dengan karenah saya ni.... hihi.... semalam birthday party anak saya, saya goreng ayam.... sedap.... jadi hari ni saya nak sharekan pada semua mengenai resepi ayam goreng kebaboom saya ni....cara nya mudah je....

bahan-bahannya....

sekilo sayap ayam
tepung gandum 1 senduk
telur sebiji
garam
kari ayam satu sudu
minyak untuk menggoreng


caranya....

bersihkan sayap ayam dan toskan....

masukkan garam, kari dan tepung gandum, gaulkan biar rata.

pecahkan telur, pukul sikit lalu masukkan kedalam adunan ayam tadi. gaul lagi biar rata.

kalau nak sedap sikit, perap dalam setengah jam... kalau nak cepat boleh goreng terus....

cara goreng, guna api perlahan dan tutup kuali agar ayam masak sekata... kena balikkan ayam sekali sekala takut ayam jadi rentung.... hihi... selamat mencuba.....

Jumaat, 5 Jun 2015

MI GORENG SIMPLE

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.... SALAM HARI JUMAAT PADA SEMUA..... HARI NI HARI JADI ANAK KESAYANGAN YANG KELIMA TAHUN... ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG NI DAH RETI MINTAK TEMA APA UNTUK HARI JADI DIA.... HURM... MINTAK KEK BERTEMA ULTRAMAN... NASIB BAIK JUMPA KEDAI KEK YANG TERIMA TEMPAHAN CORAK ULTRAMAN KALAU TAK MESTI MERAJUK PULAK.... HIHI... TAKPERLA... SETAHUN SEKALI.... ANAK PUN SORANG JE.... BUAT JA LA...

HARI NI NAK KONGSI RESEPI MI GORENG SEDAP.... SEBAB NANTI NAK MASAK UNTUK BIRTHDAY PARTY DIA....

BAHAN-BAHANNYA

MI KUNING
BAWANG MERAH
BAWANG PUTIH
BEBOLA IKAN
SOSEJ
TELUR
MINYAK UNTUK MENUMIS
KICAP PEKAT/ KICAP MASIN
SOS CILI
SOS TIRAM

CARANYA......

BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DIHIRIS

PANASKAN MINYAK, TUMIS BAWANG YANG TELAH DIHIRIS.

MASUKKAN BEBOLA IKAN DAN SOSEJ (HIRIS NIPIS DULU)MASUKKAN TELUR YANG TELAH DIPUKUL SEDIKIT. BIARKAN HINGGA AGAK MASAK.

MASUKKAN MI KACAU HINGGA RATA. MASUKKAN SOS CILI, KICAP DAN SOS TIRAM. GAUL LAGI HINGGA SEMUA MI SEBATI.

BILA SEMUA DAH SEBATI, DAN MI MASAK. TUTUP API. BOLEH LAH DI HIDANGKAN.

P/S: SAYA TAK SUKA MAKAN SAYUR.... HIHI....