Rabu, 28 Oktober 2015

SAYAP AYAM MASAK KICAP

ASSALAMUALAIKUM WBT....

LAMANYA TAK MENJENGAH BLOG NI.... ALHAMDULILLAH... HARI NI BERKESEMPATAN MENJENGUK KEMBALI... K LAH... NAK SHARE RESEPI MASAKAN MAK MENTUA KEGEMARAN ENCIK HUBBY.... NAK CEPAT SEBENARNYA NI... SEBAB MASA TAK MENGIZINKAN....


BAHAN:

SAYAP AYAM 5 KETUL
BAWANG MERAH SEBIJI
BAWANG PUTIH 2 ULAS
HALIA 1 INCI
SERAI DITITIK
KICAP PEKAT
GARAM DAN BAHAN PERASA
MINYAK UNTUK MENUMIS

CARANYA....

POTONG SAYAP AYAM KEPADA KERATAN KECIL.

BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, HALIA DAN SERAI DITUMBUK LUMAT.

TUMIS BAHAN TUMBUK TADI HINGGA NAIK BAU... MASUKKAN AYAM YANG TELAH DIPOTONG.

GAUL HINGGA SEBATI, KEMUDIAN MASUKKAN KICAP PEKAT DAN TAMBAH SETENGAH CAWAN AIR. BIAR MERENIH SEKETIKA. MASUKKAN GARAM DAN PERASA.

BILA AYAM DAH BERGAUL RATA, TUTUP API. MASAKAN NI AGAK BERMINYAK SEDIKIT SEBAB DIBIARKAN MERENIH AGAK LAMA.

SELAMAT MENCUBA.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan