Sabtu, 9 Mei 2015

bihun goreng kerang


 sempena hari ibu esok... saya nak sharekan resepi bihun goreng kerang kegemaran ibu saya....mak saya suka sangat bila saya gorengkan bihun ni.... hubby dan son pun suka sangat... bila bawak ke BMC member pun puji.... waktu gawai saya masak ni pun orang suka.... tak tau la macam mana nak cakap betapa sedapnya bihun goreng saya ni... hihi.... [nak mintak puji le tu....]
hrmmm.... rasanya...esok saya nak masak bihun ni lah buat mak saya.... mesti dia suka....
insyaAllah....

resepinya....
bihun dicelur
*bawang merah 2 biji
*bawang putih 4 ulas
* ikan bilis segenggam
telur sebiji
kerang dalam tin- saya guna kerang kicap
kicap masin
sos cili
ajinamoto
minyak untuk menggoreng
**saya tak letak sayur... sebab taksuka.... hihi

caranya....

tumbuk bawang merah dan bawang putih- ketepikan

tumbuk ikan bilis- ketepikan

telur dipukul

panaskan minyak, goreng ikan bilis yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau... masukkan bawang tadi dan goreng hingga garing sedikit

masukkan telur dan biarkan telur tadi masak.... masukkan kerang, kicap dan sos... tambahkan ajinamoto sebagai perasa

akhir sekali, masukkan bihun dan gaul sebati.... goreng hingga kering.... siap.... jom rasa....

p/s boleh tambah tauge atau sayur kesukaan anda....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan