Isnin, 4 Mei 2015

resepi kek kukus negro

kek kukus negro terkenal di sarawak... kerana ianya hitam.. maka ia digelar kek negro... bukan kerana orang negro yang buat atau dibuat di afrika... hihihi... kang mengamuk pulak org negro... rasa kek ni agak manis sebenarnya... tetapi saya telah kurangkan rasanya yang manis itu... so........ apalagi... jom kita layan resepinya....

BAHAN- BAHANNYA....
MENTEGA 250G

TELUR 10 BIJI ( GRED A)
GULA SETENGAH CAWAN (KISAR DULU)
TEPUNG GANDUM 1 SETENGAH CAWAN
HORLICK 1 CAWAN
SUSU MANIS SETENGAH CAWAN
KAYA 1 TIN KECIL
BROWNING SUGAR 1 BOTOL BESAR

 CARA-CARANYA....
1. PUKUL TELUR,MENTEGA DAN GULA HINGGA KEMBANG 
2. MASUKKAN TEPUNG DAN HORLICK SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA SEBATI
3. SETELAH SEBATI, MASUK KAN SUSU MANIS DAN KAYA. PUKUL LAGI SEHINGGA ADUNAN SEBATI.
4. MASUKKAN BROWNING SUGAR KE DALAM ADUNAN TADI... BROWNING SUGAR NI AGAK PEKAT SEDIKIT, JADI AGAK SUSAH KELUARKAN DARI BOTOL NYA... SAYA BIASA GUNA HUJUNG SUDU UNTUK KELUARKAN NYA... 
PUKUL ADUNAN TADI LAGI HINGGA RATA. PASTIKAN BROWNING SUGAR TELAH BERCAMPUR.
5. SEDIAKAN LOYANG 8X8. SAPUKAN SEDIKIT MENTEGA SUPAYA ADUNAN TIDAK MELEKAT SETELAH MASAK. TUTUP LOYANG DENGAN ALUMINIUM FOIL.
6. KUKUS HINGGA MASAK. ORANG SARAWAK SUKA KUKUS KEKNYA HINGGA 6 JAM... SEBAB KEK AKAN JADI LEBIH HITAM DAN MOIST... SAYA BIASA KUKUS HINGGA 3 JAM JE... TAK LARAT NAK TUNGGU LAMA-LAMA.

SO... APA LAGI.... BOLEH CUBA DAN RASA SENDIRI KEENAKAN KEK SARAWAK INI....
SELAMAT MENCUBA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan